YOU MAY ALSO LIKE
FREE SHIPPING FOR ORDERS IS NOW -- BND 29.90 AND ABOVE
Customer service
payment method

Hirari Di Dalam Kotak Perak
- Home
- Hirari Di Dalam Kotak Perak
15.8



Hirari Di Dalam Kotak Perak
BND15.80
Kau tinggalkanku, di dalam kegelapan mencari jawapan mengapa perlahannya masa berlalu.
Menjadi seorang seiyuu (pelakon suara) hanya sekadar mahukan populariti.
Realitinya, ia tidak semudah yang disangka. Namun, setiap seorang daripada mereka dianggap membawa imej suci terutamanya golongan wanita. Mereka tidak dibenarkan untuk mempunyai gosip kerana ia bertentangan dengan imej yang sepatutnya mereka bawa.
Tidak pernah terlintas dalam fikiran Aisyah apabila dia mengurniakan sebahagian kebolehannya dan memberikan perubahan terbesar dalam hidup dua lelaki untuk selama-lamanya.
“Minta maaf, tapi kau sangat menakutkan dalam setiap mimpi aku sejak kebelakangan ini.” – HIRARI
Mengapa sejak akhir-akhir ini, dia sering diganggu mimpi buruk yang melibatkan kawan baiknya?
“Kau dah hilang akal ke? Kau nak bunuh diri?! Aku dah beritahu jangan ulang perkara yang sama lagi! Kau akan mati kalau kau berterusan buat macam ni!” – HIKARU
Hikaru risau Hirari akan tenggelam dalam kegelapan apabila dia tidak berada di situ. Perasaan untuk melindungi Hirari terlalu kuat, melebihi perasaan seorang ibu terhadap anak kecil yang disayangi.
Ketika perselisihan antara mereka berdua semakin meruncing, terbongkarnya satu kebenaran yang disangka tidak pernah wujud sebelum ini, berselindung di sebalik cebisan kekudusan.
Rintangan masa lalu, kesempatan masa kini… Adakah kehilangan seseorang kekal menjadi misteri?
Tetapi, mengapa ia berkait rapat dengan mereka yang sudah tiada? Mungkinkah ia satu amaran bahawa sesuatu akan berlaku antara Hirari dan Hikaru?
Dia menyimpan segala memori di dalam kotak perak sebagai satu simbolik yang berharga kerana dia percaya akan muncul seseorang yang pasti memahami tepat pada masanya nanti.
Tetapi, dia lupa sebagai manusia biasa, pasti ada tanda seru di setiap lanjutan kisah kehidupannya.
Availability:In stock
Product Overview
SKU 9789838221337
Category New Arrivals, Malay Books, Malay Novel
Publication Date September 09, 2021
format Paperback